Berikut merupakan projek sumbangan yang boleh anda salurkan di bawah Pertubuhan Jejak Tarbiah (PPM-004-10-27012022).
Semua sumbangan melalui projek ini akan diserahkan 100% kepada pihak berkenaan.
#tagupimembaca
Peserta program #tagupiMembaca merupakan komuniti tidak bernegara di Lahad Datu. Bagi menyantuni hak pendidikan mereka, HALUAN Sabah telah menubuhkan beberapa buah sekolah alternatif untuk mereka.
Kalau kita di kota ini, mungkin bermasalah dengan buku yang banyak dibeli tapi tak sampai sempat membacanya. Jauh di negeri sana ada ramai lagi anak-anak yang minat membaca tetapi tiada buku untuk dibaca.
Pada PBAKL 2019, Jejak Tarbiah mendapat sumbangan dana sebanyak RM10,000 dengan tajaan senaskhah buku buat 500 orang murid. Sepanjang 10 hari PBAKL, sebanyak RM1, 000 ditaja untuk manfaat 50 orang murid sehari.
John Wood dalam Leaving Microsoft To Change The World menyuntik keinsafan dalam jiwa saya kenapa diri perlu bersungguh dalam usaha membangun perpustakaan dan pendidikan di tempat yang miskin dan dhaif. Saya merasakan sangat hal itu, kerana masa kecil saya dahulu terlalu dahagakan bahan bacaan sehingga saya mencabut surat khabar yang ditampal di dinding-dinding papan rumah saya yang usang dan berlubang hanya untuk membaca kembali akhbar tersebut buat kali yang ke berapa entah. Jika John mampu membangun 10 ribu perpustakaan dan beribu-ribu sekolah hanya dalam 14 tahun, saya masih sangat bersyukur dengan inspirasi dari beliau sehingga terbangun beberapa perpustakaan di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan beberapa lokasi di Indonesia.